Monday, January 9, 2012

PENGURUSAN PPDa 2012








Visi

Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012, Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi

Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah

( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Matlamat

Matlamat Pendidikan Pencegahan dadah di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran

“ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”

Fungsi

Pendidikan Pencegahan Awalan untuk rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

Pengurusan Program Intervensi untuk murid yang berisiko dan terlibat mencuba
rokok, dadah, inhalan, alkohol dan HIV-Aids.

Pengurusan Data, Penyelidikan, Dokumentasi dan Publisiti berkaitan PPDa.

Pengurusan Hubungan Luar

Thursday, January 5, 2012

UCAP SELAMAT PPDa 2012

ASSALAMUALAIKUM, SALAM PPDa , SALAM 1MALAYSIA..

Selamat melangkah ke tahun baru 2012. Bersama-samalah kita meningkatkan usaha pencegahan dalam menangani masalah ROKOK, DADAH,INHALAN, ALKOHOL DAN HIV /AIDS dikalangan pelajar sekolah [rosak mereka, binasalah negara ] .

terima kasih AADK Raub , IPD Raub , PUSPEN SG.RUAN, Pej. Kesihatan Raub , PEMADAM dan sokongan semua secara langsung dan tidak langsung.

terima kasih kepada unit PPDa JPN Pahang [ che lah dan che wan ] , semua sahabat PKD daerah , Pengetua dan Guru Besar SMK , SM Agama dan SR Daerah Raub.

kerjasama daripada pihak tuan amatlah disanjung tinggi...semoga kerjasama erat ini dapat diteruskan pada tahun ini....2012....Arious...

BAHAYA SYABU....ICE...

Jenis Syabu

sy1.jpg (5029 bytes)sy2.jpg (4248 bytes)

Syabu atau nama saintifiknya methamphetamine hydrocloridemerupakan satu lagi jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan.Ianya berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang seperti tawas.Syabu juga dikenali dengan nama Ice.Kebanyakan dadah jenis methamphetamine termasuk syabu diproses secara haram di dalam clandestine laboratories oleh mereka yang tidak terlatih.Dari aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai kegunaan perubatan.Cara guna dadah ini chasing the dragon tetapi biasanya ditagih dalam bilik atau menggunakan peralatan yang hampir menyerupai penghisap candu.Kualiti syabu boleh dikategorikan kepada 3 kategori.Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal diikuti dengan yang berwarna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa pahit.

APAKAH KESAN SYABU

Syabu ialah stimulan yang poten. Pengguna menggemarinya kerana ia memberi rasa “euphoria” - rasa gembira dan menyeronokkan; rasa lebih bertenaga dengan peningkatan aktiviti fizikal, hilang mengantuk, peningkatan tumpuan perhatian, berjaga-jaga dan pengurangan selera.

Walaubagaimanapun, pengguna syabu akan mengalami kesan buruk seperti mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala.

Selepas kesan khayal, seseorang itu merasa gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas.

Pada dos yang tinggi dadah ini menaikkan suhu badan kepada tahap yang membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.


Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana:

  • Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2- 3 jam dalam jangkamasa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur dari 3 - 15 hari akibat dadah ini.

  • Penagihan - Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan dadah ini akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut.

  • Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan , badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.

  • Kurang daya tahan kepada penyakit - Pengguna syabu yang mengabaikan pemakanan dan tidur yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit.

  • Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - Penggunaan kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang bolih menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir).

  • Gangguan metabolisma badan - dadah ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas.

  • Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan - dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar.

  • Kerosakan pada sistem pernafasan - dadah ini, lebih-lebih lagi jika dicemarkan dengan bahan berbahaya, akan menyebabkan masalah pernafasan.

  • Gangguan kepada saluran makanan - Kebuluran berlanjutan sebab tidak makan semasa pengambilan syabu, serta bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman

  • Bahaya semasa mengandung - penggunaan methamphetamine semasa mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif dan mudah gelisah. Dikhuatiri juga bayi ini akan mengalami masalah mental dan masalah tumbesaran .

  • Kemalangan jalanraya - pengguna syabu boleh terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kesan kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik.

  • Bahaya daripada exploitasi seks dan seks bebas - Hasil penyelidikan mendapati pengguna methamphetamine menjadi lebih berahi. Penggunaan dadah ini sering dikaitkan dengan hubungan seks yang lebih ganas menyebabkan pendarahan dan luka. Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh syabu akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Penggunaan methamphetamine dalam jangkamasa panjang menyebabkan lelaki menghadapi masalah fungsi seks mereka.

  • Bahaya akibat HIV, Hepatitis dan lain-lain penyakit berjangkit - penyakit-penyakit ini mungkin dijangkiti akibat amalan seks bebas atau tanpa perlindungan semasa di bawah pengaruh dadah ini, dan juga dari penggunaan alat-alat suntikan yang tercemar dan dikongsi.

  • Masalah-masalah sosial lain - Semua aspek kehidupan seseorang termasuk keluarganya, hubungan dengan orang lain dan kerja akan terjejas akibat dadah ini. Pengguna akan menghadapi pertelingkahan kerana masalah dadah dan kewangan akibat ketagihan dadah. Di tempat kerja penyalahguna dadah ini akan bermasalah disebabkan sifatnya yang cepat marah, tidak mesra dan kecenderungan kepada keganasan. Pengguna syabu juga mungkin terlibat dengan kejadian jenayah spontan seperti meragut beg bimbit dan serangan untuk menampung ketagihan mereka. Sifat paranoia dan ganas ini bolih menyebabkan pengguna membunuh diri atau melakukan pembunuhan. Di California, terdapat seorang lelaki yang semasa dibawah pengaruh syabu mencuri sebuah kereta perisai milik agensi keselamatan “National Guard” dan merosakkan beberapa kereta di jalanraya San Diego sebelum dia akhirnya ditembak oleh polis.







PROGRAM PPDa PPD RAUB 2011

MESYUARAT PPDa PERINGKAT JPN .

24 JANUARI , 22 FEBRUARI , 20 APRIL ,15 JUN , 22 OGOS DAN 13 DISEMBER

LAPORAN PROGRAM PPDa PERINGKAT SEKOLAH , STRATEGI MENANGANI DAN PENCEGAHAN.

BENGKEL BAHAN CERAMAH DAN MULTIMEDIA PPDa [ 23 FEBRUARI ]

PEMURNIAN BAHAN CERAMAH DAN MULTIMEDIA PPDa [ 20 JULAI ]

MENGHASILKAN BAHAN BANTU KEPADA GURU-GURU PPDa [ UNTUK EDARAN KE SEMUA SEKOLAH ]



Taklimat kepada Guru PPDa sekolah .Tanggungjawab dan Program / Aktiviti PPDa.

22 Mac 2011 di Dewan SMK Gali

Melancarkan laman facebook : ppda_raub dan blogspot : ppda raub.

Bertujuan memberi info ,maklumat kepada sekolah, guru dan pelajar.

Mempunyai email : ppda_raub@yahoo.com bagi warga pendidik menyalurkan info untuk disiarkan dalam blogspot ppda PPD Raub.




PROGRAM KESEDARAN HIV / AIDS (PROKES) [Guru]

Semua Guru PPDa dan GPK HEM . 85 orang guru hadir termasuk wakil dari 2 buah SMK Agama.

22 Mac 2011 . Dewan SMK Gali.

Agensi terlibat : JAB. KESIHATAN




AUDIT UNIT SPK PPDa PPD RAUB [ 30-31 MEI ]

SEMAKAN AUDIT LAPORAN PEMANTAUAN , PROGRAM DAN AKTIVITI PPDa.



PROGRAM EDARAN BUKU ANTOLOGI PUISI ANTIDADAH , FLYER PPDa , BAHAN MULTIMEDIA PPDa DAN CD ANTIDADAH AADK [ OGOS – SEPTEMBER ]

SEMUA SEKOLAH TERLIBAT.




Program JELAJAH SEKOLAH CEGAH DADAH siri 1

bersama Lembaga Pelawat PUSPEN Sg. Ruan. 3 buah sekolah Menengah dan 1 sekolah rendah terlibat. Program berjalan sepanjang tahun bermula 23 Februari 2011. Ceramah daripada pihak Puspen dan IPD.

Agensi terlibat : AADK , POLIS

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH PERINGKAT DAERAH

FEBRUARI DAN OGOS . PEJABAT DAERAH RAUB.

LAPORAN PROGRAM PPDa PERINGKAT SEKOLAH , STRATEGI MENANGANI DAN PENCEGAHAN.




PROGRAM SHIELDS DAERAH RAUB

ANJURAN AADK DAERAH RAUB [ 20 – 23 Jun ]

8 buah sekolah. 42 orang pelajar. Tapak perkhemahan Homestay Sg. Pasu.

Sasaran adalah pelajar berisiko. Bertujuan membantu pelajar menjauhi dadah dan rokok serta sebagai akses maklumat PPDa kepada pelajar lain.

Agensi terlibat : POLIS , PUSPEN , PPD



Pelaksanaan BILIK SUMBER,LORONG DAN SUDUT PPDa di sekolah. Semua sekolah terlibat.

Bermula 10.08.2011 pemantauan dan pemarkahan bagi pertandingan peringkat daerah Raub.

21 buah sekolah mengambil bahagian.

Agensi terlibat : AADK

BIL

KETEGORI

SEKOLAH MENEGAH

SEKOLAH RENDAH

1.

BILIK SUMBER PPDa

SMK SERI RAUB

SK RAUB INDAH

2.

SUDUT / LORONG PPDa

SMK GALI

SK TEMAU


PROGRAM JELAJAH SEKOLAH CEGAH DADAH siri 2 [ SEPT – NOV ] .

SMA DONG DAN SMA BATU TALAM.

CERAMAH AADK , UJIAN URIN DAN SOALSELIDIK POTENSI PELAJAR.

Agensi terlibat : PUSPEN , AADK , POLIS


PROGRAM ALUMNI SAHABAT PPDa-PETRONAS PERINGKAT KEBANGSAAN 2011 . [ 15-17 NOV ]

[ BUKIT GAMBANG RESORT CITY ] . PPDa PAHANG SEBAGAI TUAN RUMAH.

PPDa RAUB SEBAGAI JK SAJIAN DAN JAMUAN.




MESYUARAT PERANCANGAN 2012 PPDa PAHANG

13 - 14 DISEMBER DI JPN PAHANG.

STRATEGI DAN TINDAKAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH [PPDa] DALAM KALANGAN PELAJAR SEPANJANG TAHUN 2011



PRA SEKOLAH

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PRA SEKOLAH (TUNAS) Bersama AADK

Mewarna , Sukaneka dalaman,Pameran , mengetahui bahaya dadah / jauhi dadah.

4 buah sekolah terlibat. Bermula 3 hingga 6 Mei 2011



SEKOLAH RENDAH

PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH ( PROSIDAR)

Dilaksanakan dalam P& P Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tahap 1

Dilaksanakan dalam P&P Pendidikan Sivik dan Kenegaraan. Tahap 2

Semua sekolah rendah terlibat.

Melaksanakan MINGGU ANTIDADAH [ Feb,Mac,April] semua sekolah terlibat.

Kuiz , Pertandingan mewarna, melukis poster, Ceramah,Pameran.

Agensi terlibat : AADK , POLIS , KESIHATAN, PUSPEN



Program CERAMAH DAN PAMERAN bersama AADK Daerah Raub. [ 3 Mac -15 April ]

22 buah sekolah rendah terlibat. 18 SK , 2 SJKC dan 2 SJKT.



PAMERAN ANTIDADAH SEMPENA BULAN KECERGASAN PERINGKAT DAERAH

Agensi terlibat : AADK

SK ULU GALI. 28 JULAI



PEMANTAUAN PENGURUSAN PPDa

MEI - SEPTEMBER

18 buah SK . 2 buah SJKC dan 2 SJKT.

Dapatan : Pengurusan Fail , Sudut /lorong PPDa, Lantikan Pengawas PPDa, PROGRAM DAN AKTIVITI PPDa DI SEKOLAH.

Keseluruhan : BAIK dan perlu dipertingkatkan lagi.


PERTANDINGAN BILIK SUMBER, SUDUT DAN LORONG

Agensi terlibat : AADK

Mempamerkan organisasi PPDa sekolah, aktiviti PPDa , Takwim PPDa , Info berkaitan bahan terlarang, Pencapaian PPDa Sekolah , flyers PPDa , Risalah ,Poster dan Organisasi Pengawas PPDa

18 buah SK . 2 buah SJKC dan 2 SJKT.


Sambutan PERINGATAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA [HADA]

Bersama AADK

12 Julai - SK LKTP Krau 1. 40 orang murid terlibat. Mewarna poster.



PROGRAM NAFAS SEGAR SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR [ SEPT-OKT ]

Agensi terlibat : AADK , JAB.KESIHATAN , POLIS

SEMUA SEKOLAH RENDAH




SEKOLAH MENENGAH


SARINGAN UJIAN URIN SM [ 8 Februari – 1 Mac ] SESI 1 / [ 20 SEP- 9 NOV ] SESI 2

12 buah sekolah MENENGAH. Agensi terlibat : AADK

255 pelajar lelaki / 35 pelajar perempuan = 290 orang

Sasaran – proses pencegahan dan memberi bantuan kepada pelajar jika terlibat.

PEMANTAUAN guru PPDa DAN guru B&K ke atas pelajar berpotensi terlibat dadah.




SOALSELIDIK PELAJAR [ 12 buah sekolah Menengah]

Responden : 295 orang pelajar

Sasaran -mengesan potensi pelajar dalam penglibatan bahaya dadah.



Melaksanakan MINGGU ANTIDADAH [ Feb,Mac,April] semua sekolah terlibat.

Kuiz , Pertandingan mewarna, melukis poster, Ceramah,Pameran.


PEMANTAUAN PENGURUSAN PPDa

3 buah SM .

Dapatan : Pengurusan Fail , Sudut /lorong PPDa, Lantikan Pengawas PPDa,

Keseluruhan : BAIK dan perlu dipertingkatkan lagi.


PROGRAM KESEDARAN HIV / AIDS (PROKES)

Agensi terlibat : JAB. KESIHATAN DAERAH

2 buah sekolah. Pelajar Ting.1, 2 dan 4.

27 Jun – SMK Dong dan 29 Jun SMK Seri Raub.


Sambutan PERINGATAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA [HADA]

BERSAMA AADK

21 Julai - SMK Mahmud . 60 orang pelajar. Melukis dan mewarna poster.



KURSUS KEPIMPINAN KELAB PPDa PERINGKAT NEGERI PAHANG.

18 – 20 OKTOBER . MS CHEMERKAU CHALET, ULU DONG.

100 ORANG PELAJAR. [ 10 ORANG PELAJAR SETIAP SEKOLAH ]

MEMBERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEMIMPIN KELAB PPDa DI SEKOLAH.

Agensi terlibat : AADK , IPD , PEMADAM



UJIAN URIN SM KALI 2 /2011 . Agensi terlibat : AADK

SMK DONG DAN SMK DATO SHAHBANDAR HUSSAIN .



PROGRAM 'JELAJAH SEKOLAH CEGAH DADAH ' DAN UJIAN URIN
DI SM AGAMA DONG DAN SM AGAMA BATU TALAM KALI 1 /2011 .



PROGRAM NAFAS SEGAR SELEPAS PEPERIKSAAN UPSR DAN PMR [ SEPT-OKT ]

Agensi terlibat : AADK , JABATAN KESIHATAN , POLIS

SEMUA SEKOLAH MENENGAH TERLIBAT.



PROGRAM JELAJAH SEKOLAH CEGAH DADAH [ 22 / 27 SEPTEMBER ] .

SMK DONG DAN SMK DATO SHAHBANDAR HUSSAIN.

Agensi terlibat : PUSPEN , AADK DAN POLIS

SEMINAR GAYA HIDUP SIHAT PELAJAR TING. 6 RENDAH PERINGKAT NEGERI PAHANG

17 OKTOBER . SMK MAHMUD. 100 ORANG PELAJAR.

SMK MAHMUD [ 70 PELAJAR ] , SMK SERI RAUB [ 10 PELAJAR ] , SMK LKTP TERSANG [ 10 PELAJAR ]

SMK SERI RAUB [ 10 PELAJAR ] .

Agensi terlibat : JAB. KESIHATAN DAERAH RAUB