Friday, August 26, 2011
INGATLAH ORANG TERSAYANG
KEPADA SEMUA GURU PPDa YANG PULANG KE KAMPUNG
BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...
INGATLAH ORANG TERSAYANG..
SELAMAT BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN.
[DARI ATAS: PPDa ROMPIN, PPDa PEKAN, PPDa JERANTUT DAN PPDa TEMERLOH]
KENANGAN MESYUARAT PPDa KALI KE 5 JPN PAHANG DI REGENCY HOTEL KUALA LUMPUR.
Friday, August 5, 2011
LAWATAN PERSEDIAAN BILIK SUMBER
SATU LAWATAN PERSEDIAAN DAN TAKLIMAT BAGI PERTANDINGAN BILIK SUMBER PERINGKAT KEBANGSAAN TELAH DIADAKAN DI SMK BUKIT TINGGI. LAWATAN DIKETUAI KETUA UNIT PPDA JPN PAHANG , EN.ABDULLAH SANI DAN PEN.KETUA UNIT, EN.WAN AZAN , PPDa PPD BENTONG , EN.SUHAIRI DAN PPDa PPD RAUB, EN. ZAMZURI.
ROMBONGAN DISAMBUT MESRA TUAN PENGETUA , GPK DAN GURU PPDa. TERIMA KASIH. SELAIN MENGADAKAN SESI TAKLIMAT , SATU SESI PERBINCANGAN TURUT DIADAKAN.
KAMI SEMUA, MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA. SELAMAT BERJUANG DAN MEMPEROLEH KEMENANGAN.
Wednesday, August 3, 2011
DADAH REKAAN
Oleh: Dr. Rahmat Awang | |||||
Sumber: Dewan Kosmik - September, 1995 | |||||
|
Tuesday, August 2, 2011
KESAN SYABU ICE
Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana:
Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2- 3 jam dalam jangkamasa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur dari 3 - 15 hari akibat dadah ini.
Penagihan - Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan dadah ini akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut.
Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan , badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.
Kurang daya tahan kepada penyakit - Pengguna syabu yang mengabaikan pemakanan dan tidur yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit.
Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - Penggunaan kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang bolih menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir).
Gangguan metabolisma badan - dadah ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas.
Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan - dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar.
Kerosakan pada sistem pernafasan - dadah ini, lebih-lebih lagi jika dicemarkan dengan bahan berbahaya, akan menyebabkan masalah pernafasan.
Gangguan kepada saluran makanan - Kebuluran berlanjutan sebab tidak makan semasa pengambilan syabu, serta bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman
Bahaya semasa mengandung - penggunaan methamphetamine semasa mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif dan mudah gelisah. Dikhuatiri juga bayi ini akan mengalami masalah mental dan masalah tumbesaran .
Kemalangan jalanraya - pengguna syabu boleh terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kesan kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik.
Bahaya daripada exploitasi seks dan seks bebas - Hasil penyelidikan mendapati pengguna methamphetamine menjadi lebih berahi. Penggunaan dadah ini sering dikaitkan dengan hubungan seks yang lebih ganas menyebabkan pendarahan dan luka. Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh syabu akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Penggunaan methamphetamine dalam jangkamasa panjang menyebabkan lelaki menghadapi masalah fungsi seks mereka.
Bahaya akibat HIV, Hepatitis dan lain-lain penyakit berjangkit - penyakit-penyakit ini mungkin dijangkiti akibat amalan seks bebas atau tanpa perlindungan semasa di bawah pengaruh dadah ini, dan juga dari penggunaan alat-alat suntikan yang tercemar dan dikongsi.
Masalah-masalah sosial lain - Semua aspek kehidupan seseorang termasuk keluarganya, hubungan dengan orang lain dan kerja akan terjejas akibat dadah ini. Pengguna akan menghadapi pertelingkahan kerana masalah dadah dan kewangan akibat ketagihan dadah. Di tempat kerja penyalahguna dadah ini akan bermasalah disebabkan sifatnya yang cepat marah, tidak mesra dan kecenderungan kepada keganasan. Pengguna syabu juga mungkin terlibat dengan kejadian jenayah spontan seperti meragut beg bimbit dan serangan untuk menampung ketagihan mereka. Sifat paranoia dan ganas ini bolih menyebabkan pengguna membunuh diri atau melakukan pembunuhan. Di California, terdapat seorang lelaki yang semasa dibawah pengaruh syabu mencuri sebuah kereta perisai milik agensi keselamatan National Guard dan merosakkan beberapa kereta di jalanraya San Diego sebelum dia akhirnya ditembak oleh polis.
PERTANDINGAN BILIK SUMBER DAN LORONG/SUDUT PPDa PPD RAUB
PEMANTAUAN UNTUK PERTANDINGAN AKAN DIJALANKAN SEPANJANG BULAN OGOS INI. SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DIHARAPKAN DAPAT BERSEDIA.
TERDAPAT 4 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN:
SEKOLAH MENENGAH
KATEGORI 1 : BILIK SUMBER PPDa
KATEGORI 2 : LORONG/SUDUT PPDa
SEKOLAH RENDAH
KATEGORI 3 : BILIK SUMBER PPDa
KATEGORI 4 : LORONG/SUDUT PPDa
KEJAYAAN TAHUN LALU : TAHNIAH DAN SYABAS....
SMK SERI RAUB - TEMPAT 3 PERINGKAT NEGERI PAHANG [BILIK SUMBER]
SK ULU GALI - TEMPAT 3 PERINGKAT NEGERI PAHANG [ BILIK SUMBER]
SK TANJUNG RAJA - TEMPAT 3 PERINGKAT NEGERI [ LORONG/SUDUT ]
SELAMAT BERPUASA DARI PPDa RAUB
KELEBIHAN RAMADHAN
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
HARI ANTIDADAH [ HADA ]
PADA 21 JULAI LALU TELAH DIADAKAN PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER SEKOLAH MENENGAH SEMPENA MEMPERINGATI 'HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA' DI DEWAN SMK MAHMUD RAUB.
SERAMAI 60 ORANG PELAJAR TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN. PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DISEMPURNAKAN OLEH EN. BADRILLAH ,KETUA PEGAWAI AADK DAERAH RAUB BERSAMA EN. ARIS GPK HEM [ MEWAKILI PENGETUA] DAN EN.ZAMZURI , PEG.KHAS DADAH [ MEWAKILI PPD RAUB].
TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA. MOGA TAHUN HADAPAN PERUNTUKAN AKAN LEBIH BANYAK UNTUK MENGHIMPUN PESERTA-PESERTA DARI SEMUA SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH RAUB.
Thursday, July 14, 2011
SAMBUTAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA
PADA 12 JULAI LALU TELAH DIADAKAN PROGRAM MELUKIS DAN MEWARNA POSTER SEMPENA HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA DI DEWAN FELDA KRAU 1
SERAMAI 20 ORANG MURID TAHAP 1 DAN 20 ORANG MURID TAHAP 2 TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.PROGRAM INI BERMULA PADA PUKUL 4.00 PETANG DAN BERAKHIR DENGAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN OLEH PENOLONG PEGAWAI DAERAH RAUB PADA JAM 5.30 PETANG.
TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID DAN TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR DAN GURU PENGIRING.
Tuesday, July 12, 2011
TAHNIAH 'ANTOLOGI PUISI ANTIDADAH'
" AKULAH MANUSIA ITU "
AZIMAH ABDULLAH - SMK P METHODIST
NURUL ASYIKIN, M.KHAIRULAZWAN, NURUL RAUDHAH, M.ASHRAF FAHIMI, FAEZAHTUL NAJWA, M.YUSRA, HARIZAL DAN HAZLIN - SMK DONG
ROHIZAN BIN YA - SK MAHMUD
Monday, July 11, 2011
PANTUN ANTIDADAH
PANTUN ANTI DADAH
SAJAK DADAH DURJANA
Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan
Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia
Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..
Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..
AADK DAERAH RAUB
AADK DAERAH RAUB
NO.16 TINGKAT 1 & 2, BANDAR RAUB PERDANA,
27600 RAUB, PAHANG
TEL : 09-3556085
http://raub.adk.gov.my
Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara. Dalam tahun tersebut masalah ini diisytiharkan sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.
Pada tahun 1985, JKAD telah merumus dasar dadah Negara dan pencegahan dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan awalan pencegahan kemasukkan serta penguatkuasaan undang-undang diikuti dengan pemulihan .Manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah ditukar kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Ekoran daripada itu, dasar dadah Negara telah dijadikan sebagai asas pelaksanaan strategi utama untuk membanteras musuh utama Negara DADAH.
ASAS-ASAS PERTIMBANGAN DALAM MERUMUSKAN DASAR DAN STRATEGI ANTIDADAH NEGARA
Tindakan antidadah di Malaysia adalah berpandukan strategi berikut:
i. Pengurangan bekalan (supply reduction); dan
ii. Pengurangan permintaan (demand reduction)
Rasional strategi tersebut
Jika bekalan berkurangan dan permintaan dadah dapat dikurangkan maka masalah dadah akan dihapuskan sama sekali.
STRATEGI DASAR DADAH
Senarai keutamaan strategi yang telah diatur semula dan diluluskan ialah Pendidikan Pencegahan dan Publisiti, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan Undang-undang dan Kerjasama antarabangsa.
HARI ANTIDADAH [ HADA ]
LATAR BELAKANG
Pada bulan Jun 1987, Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tarikh 26 Jun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Tarikh ini dipilih bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penagihan dan Pergedaran Dadah yang telah berlangsung di Vienna, Auttria pada 17 – 26 Jun 1987. Semua Negara seluruh dunia diminta untuk merayakan Hari Antidadah Antarabangsa ini. Sebelum itu, pada 19 Februari 1983, Kempen Antidadah Kebangsaan telah dilancarkan. Semenjak itu tarikh 19 Februari telah diterima sebagai Hari Antidadah Kebangsaan dan juga menandakan permulaan kempen Antidadah Kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama semua banyak melaksanakan program dan aktiviti untuk menjayakan Kempen Antidadah. Berikutan dengan itu, Agensi Antidadah Kebangsaan (dahulu dikenali sebagai Agensi Dadah Kebangsaan) telah memulakan Kempen Antidadah Kebangsaan sejak 1983 dan Antarabangsa sejak 1988 pada setiap tahun.
"DO DRUGS CONTROL YOUR LIFE? YOUR LIFE, YOUR COMMUNITY. NO PLACE FOR DRUGS"
"DADAH PEMUSNAH, MUSNAHKAN DADAH"
sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2011 , AADK dan PPD Daerah Raub akan mengadakan pertandingan Mewarna dan Melukis pada 12.07.2011 di Dewan Felda Krau 1.
Peserta adalah daripada SK LKTP Krau 1 dan SK Raub Indah.
Monday, June 27, 2011
PROGRAM PIP [ SHIELD ]
PROGRAM SAYANGI HIDUP ELAK DADAH SELAMANYA : 'BELIA TERPUJI TANPA DADAH'
Program telah dijalankan selama 4 hari 3 malam di Tapak Perkhemahan Homestay Kg.Sungai Pasu. Seramai 43 orang pelajar lelaki dari 8 buah sekolah menengah di Daerah Raub telah mengambil bahagian. 8 orang guru pengiring yang diamanahkan sebagai urusetia/Pembantu Fasilitator juga telah terlibat. Program ini adalah anjuran bersama PPD Raub, AADK Raub dan PEMADAM Daerah Raub.
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh YH Dato' hj.Ismail bin Mohd Ali , Pegawai Daerah Raub merangkap pengerusi PEMADAM Daerah Raub. Turut hadir ialah Pn.Wan Maisarah , Penolong Pengarah AADK Negeri.
Wednesday, June 8, 2011
LESTARI BUDI SEMARAK KASIH
PADA 2 JUN LALU, TELAH DIADAKAN MAJLIS 'LESTARI BUDI SEMARAK KASIH' BAGI MERAIKAN PERTUKARAN TUAN PPD RAUB , TN HJ KARIM BIN MAN YANG BERTUKAR SEBAGAI PPD DAERAH KUANTAN.
PADA MAJLIS TERSEBUT , PENGERUSI KELAB KEBAJIKAN PPD RAUB, EN.NOR AHMAD DAN TIMBALAN PPD, EN.HALIM SALLEH TELAH MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN BEBERAPA UNTAIAN PANTUN.
SETERUSNYA ADALAH UCAPAN DAN AMANAT DARIPADA MANTAN PPD RAUB, TUAN YANG DIRAIKAN, TN TJ KARIM.
MAJLIS JUGA DISERIKAN DENGAN PENYAMPAIAN CENDERAHATI KENANG-KENANGAN DARIPADA SETIAP UNIT DAN STAFF SOKONGAN KEPADA TN.HJ KARIM.
SEMENTARA ITU , MAJLIS GURU BESAR DAN PENGETUA DAERAH RAUB PULA AKAN MENGADAKAN MAJLIS YANG SAMA PADA 3 JUN 2011 [JUMAAT].
AUDIT DALAMAN PPD RAUB MS ISO
PADA 30 MEI HINGGA 31 MEI LALU , PPD RAUB TELAH DIAUDIT OLEH ROMBONGAN DARIPADA KELANTAN. HAMPIR 95% FAIL TELAH DIAUDIT.
ROMBONGAN DIKETUAI OLEH TN HAJI KHAIZI DAN TN HJ ZUNI [PPD KOTA BHARU] DAN EN MALEK [JPN KELANTAN].
UNIT PPDa JUGA TELAH DIAUDIT. ANTARANYA IALAH FAIL PEMANTAUAN PENGURUSAN PPDa DI SEKOLAH.
TERIMA KASIH DAN SYABAS.