Friday, August 26, 2011

INGATLAH ORANG TERSAYANG





KEPADA SEMUA GURU PPDa YANG PULANG KE KAMPUNG

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...

INGATLAH ORANG TERSAYANG..

SELAMAT BERAYA DI KAMPUNG HALAMAN.

[DARI ATAS: PPDa ROMPIN, PPDa PEKAN, PPDa JERANTUT DAN PPDa TEMERLOH]

KENANGAN MESYUARAT PPDa KALI KE 5 JPN PAHANG DI REGENCY HOTEL KUALA LUMPUR.




UCAPAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA GURU PPDa DAERAH RAUB, GURU PPDa NEGERI PAHANG DAN SEMUA GURU PPDA DI SELURUH MALAYSIA. TERIMA KASIH ATAS KETEKUNAN DAN PENGORBANAN ANDA..

MAAF ZAHIR BATIN DARI SAYA...PEGAWAI KHAS PPDA PPD RAUB.

1MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH.

Friday, August 5, 2011

LAWATAN PERSEDIAAN BILIK SUMBER






SATU LAWATAN PERSEDIAAN DAN TAKLIMAT BAGI PERTANDINGAN BILIK SUMBER PERINGKAT KEBANGSAAN TELAH DIADAKAN DI SMK BUKIT TINGGI. LAWATAN DIKETUAI KETUA UNIT PPDA JPN PAHANG , EN.ABDULLAH SANI DAN PEN.KETUA UNIT, EN.WAN AZAN , PPDa PPD BENTONG , EN.SUHAIRI DAN PPDa PPD RAUB, EN. ZAMZURI.

ROMBONGAN DISAMBUT MESRA TUAN PENGETUA , GPK DAN GURU PPDa. TERIMA KASIH. SELAIN MENGADAKAN SESI TAKLIMAT , SATU SESI PERBINCANGAN TURUT DIADAKAN.

KAMI SEMUA, MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA. SELAMAT BERJUANG DAN MEMPEROLEH KEMENANGAN.

Wednesday, August 3, 2011

DADAH REKAAN



Oleh: Dr. Rahmat Awang

Sumber: Dewan Kosmik - September, 1995




Di negara maju seperti Amerika Syarikat(AS), sejenis kumpulan dadah baru yang dipanggil dadah "designer" telah mula diperkenalkan. Dadah dalam kumpulan ini adalah hasil daripada pengolahan struktur kimia dadah-dadah yang dikenali umum. Ia direka secara haram oleh ahli-ahli kimia di makmal atau tempat yang tidak diiktiraf. Pengolahan dadah ini dilakukan berdasarkan kepada dua alasan utama. Alasan pertama berdasarkan tanggapan bahawa kesan dan jangkamasa tindakannya bergantung kepada struktur kimia dadah. Pengolahan struktur kimia yang dilakukan terhadap dadah yang sedia ada dapat menghasilkan dadah yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki berbanding yang asal. Alasan kedua bersandarkan kepada tanggapan bahawa dadah yang dicipta tidak tertakluk di bawah kawalan undang-undang yang sedia ada dan terkecuali daripada sebarang tindakan.

Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang dipandang serius dan dibendung oleh pihak berkuasa. Walaupun benar ada hubungan di antara struktur kimia dan kesannya namun tidak dapat dipastikan sama ada kesan toksik daripada dadah-dadah ini dapat diramalkan. Sebenarnya banyak perkara yang belum diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini. Malah, ketulinan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu. Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah sering memberikan hasil yang kurang bermutu dengan kesan sampingan yang membahayakan. Di antara kelompok juga terdapat perbezaan dalam kekuatan dadah yang dihasilkan.

Pada masa ini, dua kelas utama dadah 'designer' telah dicipta dan digunakan secara meluas. Ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik.

DADAH 'DESIGNER' KUMPULAN FETILETILAMINA

Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati, dan perubahan visual. Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan dirangsang sedikit dan penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan diri seolah-olah berada dalam alam fantasia. Pada dos yang besar, menghampiri paras toksik dan penagih akan mengalami halusinasi.

ICE

ICE atau nama sebenarnya mefamfetamina adalah di antara dadah 'designer' terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat beberapa nama yang digunakan untuk mefamfetamina oleh penagih dadah. Di antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK dan METH. ICE mempunyai kesan tindakan yang cepat dan rangsangan jantung juga berkurangan berbanding amfetamina. Mefamfetamina hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya. Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah terutama setelah menyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS. Dengan cara ini, kesannya terus dirasakan dalam masa yang agak panjang iaitu diantara lapan sehingga dua puluh empat jam. Penagih dadah ICE biasanya mengalami paranoia, rasa terdesak, dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang membahayakan. Seringkali hasil pembikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik.

LOVE DRUG

LOVE DRUG, iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan dalam tahun 1967. Ia boleh membuat seseorang mengalami euforia dan empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini. Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4 metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses pembikinan LOVE DRUG.

ADAM dan EVE

Dadah ini adalah dari kumpulan feniletilamina yang paling kontroversi sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA. MDMA (3,4 metilindioksimefamfetamina) bukanlah dadah 'designer' yang sebenarnya. Ia pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk mengenali diri sendiri dengan lebih baik dan meningkatkan keupayaan berkomunikasi. Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama ECTASY, XTC dan ADAM. Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai LSD tanpa ciri-ciri halusinogen. MDEA (3,4-metilindioksietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang mempunyai kesan yang berbeza berbanding dadah halusinogen dan perangsang. Pada dos yang rendah, MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia dan empati.
Selain daripada kesan ini, pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung yang cepat, perpeluhan seluruh anggota, dan pergerakan yang tidak menentu. Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan, dan serangan depresi.


Kesan Akut Penggunaan Feniletilamina

Apabila digunakan buat pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami rasa resah dan panik. Selain daripada itu, pengguna boleh mengalami keadaan depresi, gila, rasa bersalah, dan pemikiran yang tidak menentu. Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot, dan peningkatan suhu badan.

Kesan Penggunaan Jangka Panjang Feniletilamina

Kesan jangka panjang feniletilamina biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit psikosis. Ada kes-kes sedemikian yang memerlukan rawatan jangka panjang. Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual, dan auditori serta ilusi yang menakutkan. Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang.

DADAH DESIGNER KUMPULAN CANDU TIRUAN

Pada lewat tahun 1970an, langkah-langkah penguatkuasan yang ditingkatkan oleh pihak berkuasa AS telah mengurangkan kemasukan heroin ke pasaran negara itu. Bagi mengatasi kekurangan ini, beberapa usaha secara haram telah dibuat untuk mencipta dadah 'designer' dari terbitan fentanil dan meperidin.

Terbitan Fentanil

Terbitan fentanil yang pertama dicipta adalah alfa-metil-fentanil. Ia dijual sebagai "heroin sintetik" atau "China White". Selain itu, terdapat sembilan lagi terbitan fentanil yang telah dicipta dan digunakan. Dadah ini mempunyai kesan seperti heroin dari segi sifat gian dan jangka masa tindakan. Namun begitu, secara amnya terbitan ini adalah lebih kuat iaitu sekurang-kurangnya 40 kali ganda berbanding heroin. 3-metil-fentanil dikatakan mempunyai kekuatan sebanyak 1,600 kali ganda. Dos yang berlebihan boleh mengakibatkan depresi pernafasan terutama sekali jika kandungan sebenar dadah tidak diketahui. Banyak kes kematian yang berlaku menunjukkan keadaan mangsa yang mati dengan jarum masih terbenam di lengan.

Dari sudut kesan tindakan, keupayaan melegakan kesakitan adalah lebih berkesan pada terbitan fentanil berbanding keupayaannya memberikan kesan eufori. Kesan ini dirasakan untuk jangka masa dua hingga empat jam. Tanda-tanda dan simptom keracunan yang ada pada candu juga didapati pada dadah ini seperti miosis (pengecilan mata hitam), penekanan fungsi otak, dan pernafasan yang tertekan. Kes-kes keracunan yang membabitkan dadah seperti ini dapat dirawat dengan pemberian nalokson hidroklorid bagi tujuan untuk melawan kesan opiod.

Terbitan Meperidin

Pada tahun 1982, sejenis sebatian iaitu 'heroin baru' telah diperkenalkan di pasaran gelap di California. Penciptaan dadah ini dianggap sebagai satu kesilapan besar kerana dalam usaha untuk mencipta MPPP (1-metil-4-fenil-4-propionpiperidina), satu terbitan yang menyamai meperidina, MPTP (1-metil-4-fenil-1,2,5,6,-tetrahidropiridina) iaitu satu hasil sampingan yang toksik telah dihasilkan secara tidak disengajakan. Penggunaan MPTP boleh menjejaskan fungsi saraf tertentu sehingga pengguna mengalami sejenis penyakit iaitu "Parkinson Disease" iaitu kekejangan otot dan keketaran di jari-jari. Sebilangan kes Parkinson yang dialami tidak dapat dipulihkan dengan hanya menghentikan penggunaan MPTP tetapi sebaliknya memerlukan rawatan khusus untuk jangkamasa yang agak lama.

Terbitan lain

Beberapa jenis dadah "designer" yang lain tidak mempunyai kesan amfetamina dari terbitan feniletilamina sedang diusahakan. Terbitan 2-CB dan 2-CD sudah mula didapati di pasaran gelap manakala "U-4-E-UH", satu terbitan daripada pil diet Aminorex juga boleh didapati di pantai timur dan barat Amerika.

Penghasilan banyak terbitan-terbitan dadah lain telah membimbangkan banyak pihak. Sikap manusia yang gemar menyalahgunakan suatu ciptaan untuk kepentingan diri dan keuntungan telah membawa implikasi yang buruk terhadap moral dan keharmonian masyarakat.

Tuesday, August 2, 2011

KESAN SYABU ICE



Penggunaan syabu memudaratkan kesihatan kerana:

Toleran - kesan toleran terjadi dengan cepat mengakibatkan penggunanya mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Dalam keadaan tertentu, pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa yang sama terus menyuntik dadah ini sehingga 1 gram setiap 2- 3 jam dalam jangkamasa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya. Terdapat juga pengguna yang tahan tidak tidur dari 3 - 15 hari akibat dadah ini.

Penagihan - Pengguna dadah ini akan mengalami ketagihan dan juga penggantungan psikologi akibat pengambilan syabu. Ketagihan ini akan berada pada tahap kronik dan berulang. Pemberhentian pengambilan dadah ini akan menyebabkan kemurungan, kegelisahan, keletihan, syak wasangka tanpa sebab, sifat ganas dan menagih untuk mendapatkan dadah tersebut.

Pengabaian diri - Apabila di bawah pengaruh syabu, pengguna tidak makan, tidur dan mengabaikan diri sendiri. Penggunaan pada dos tinggi akan menyebabkan hilang berat badan yang ketara, muka menjadi pucat, pengabaian kesihatan diri dengan perpeluhan , badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka-luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya.

Kurang daya tahan kepada penyakit - Pengguna syabu yang mengabaikan pemakanan dan tidur yang sempurna akan menjadi lemah dan kurang daya tahan melawan penyakit.

Kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang - Penggunaan kronik mengakibatkan berkelakuan terlalu aktif, susah tidur, kemurungan yang teruk, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila. Penyelidik-penyelidik mendapati kerosakan pada sistem saraf dan otak yang bolih menyebabkan gejala-gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota-anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan kehilangan ingatan dan kekurangan daya berfikir).

Gangguan metabolisma badan - dadah ini menyebabkan hilang selera yang ketara, kurang pemakanan, kehilangan berat badan yang jelas, kurus dan lain-lain masalah akibat metabolisma badan yang terjejas.

Kerosakan pada jantung dan sistem pendarahan - dadah ini menyebabkan degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat, yang mengakibatkan sakit jantung dan maut. Kerosakan pada saluran darah menyebabkan sakit ahmar.

Kerosakan pada sistem pernafasan - dadah ini, lebih-lebih lagi jika dicemarkan dengan bahan berbahaya, akan menyebabkan masalah pernafasan.

Gangguan kepada saluran makanan - Kebuluran berlanjutan sebab tidak makan semasa pengambilan syabu, serta bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman

Bahaya semasa mengandung - penggunaan methamphetamine semasa mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif dan mudah gelisah. Dikhuatiri juga bayi ini akan mengalami masalah mental dan masalah tumbesaran .

Kemalangan jalanraya - pengguna syabu boleh terlibat dalam kemalangan jalanraya akibat kesan kebingungan, khayal, paranoia, keganasan dan kelakuan psikotik.

Bahaya daripada exploitasi seks dan seks bebas - Hasil penyelidikan mendapati pengguna methamphetamine menjadi lebih berahi. Penggunaan dadah ini sering dikaitkan dengan hubungan seks yang lebih ganas menyebabkan pendarahan dan luka. Remaja terutama gadis-gadis di bawah pengaruh syabu akan terdedah kepada bahaya ekploitasi seks serta hubungan jenis tidak selamat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV, hepatitis dan lain-lain penyakit kelamin. Penggunaan methamphetamine dalam jangkamasa panjang menyebabkan lelaki menghadapi masalah fungsi seks mereka.

Bahaya akibat HIV, Hepatitis dan lain-lain penyakit berjangkit - penyakit-penyakit ini mungkin dijangkiti akibat amalan seks bebas atau tanpa perlindungan semasa di bawah pengaruh dadah ini, dan juga dari penggunaan alat-alat suntikan yang tercemar dan dikongsi.

Masalah-masalah sosial lain - Semua aspek kehidupan seseorang termasuk keluarganya, hubungan dengan orang lain dan kerja akan terjejas akibat dadah ini. Pengguna akan menghadapi pertelingkahan kerana masalah dadah dan kewangan akibat ketagihan dadah. Di tempat kerja penyalahguna dadah ini akan bermasalah disebabkan sifatnya yang cepat marah, tidak mesra dan kecenderungan kepada keganasan. Pengguna syabu juga mungkin terlibat dengan kejadian jenayah spontan seperti meragut beg bimbit dan serangan untuk menampung ketagihan mereka. Sifat paranoia dan ganas ini bolih menyebabkan pengguna membunuh diri atau melakukan pembunuhan. Di California, terdapat seorang lelaki yang semasa dibawah pengaruh syabu mencuri sebuah kereta perisai milik agensi keselamatan National Guard dan merosakkan beberapa kereta di jalanraya San Diego sebelum dia akhirnya ditembak oleh polis.

PERTANDINGAN BILIK SUMBER DAN LORONG/SUDUT PPDa PPD RAUB





PEMANTAUAN UNTUK PERTANDINGAN AKAN DIJALANKAN SEPANJANG BULAN OGOS INI. SEKOLAH YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DIHARAPKAN DAPAT BERSEDIA.

TERDAPAT 4 KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN:

SEKOLAH MENENGAH
KATEGORI 1 : BILIK SUMBER PPDa
KATEGORI 2 : LORONG/SUDUT PPDa

SEKOLAH RENDAH
KATEGORI 3 : BILIK SUMBER PPDa
KATEGORI 4 : LORONG/SUDUT PPDa

KEJAYAAN TAHUN LALU : TAHNIAH DAN SYABAS....

SMK SERI RAUB - TEMPAT 3 PERINGKAT NEGERI PAHANG [BILIK SUMBER]
SK ULU GALI - TEMPAT 3 PERINGKAT NEGERI PAHANG [ BILIK SUMBER]
SK TANJUNG RAJA - TEMPAT 3 PERINGKAT NEGERI [ LORONG/SUDUT ]

SELAMAT BERPUASA DARI PPDa RAUB




KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

HARI ANTIDADAH [ HADA ]






PADA 21 JULAI LALU TELAH DIADAKAN PERTANDINGAN MELUKIS DAN MEWARNA POSTER SEKOLAH MENENGAH SEMPENA MEMPERINGATI 'HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA' DI DEWAN SMK MAHMUD RAUB.

SERAMAI 60 ORANG PELAJAR TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN. PENYAMPAIAN HADIAH TELAH DISEMPURNAKAN OLEH EN. BADRILLAH ,KETUA PEGAWAI AADK DAERAH RAUB BERSAMA EN. ARIS GPK HEM [ MEWAKILI PENGETUA] DAN EN.ZAMZURI , PEG.KHAS DADAH [ MEWAKILI PPD RAUB].

TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG BERJAYA. MOGA TAHUN HADAPAN PERUNTUKAN AKAN LEBIH BANYAK UNTUK MENGHIMPUN PESERTA-PESERTA DARI SEMUA SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH RAUB.