Thursday, July 14, 2011

SAMBUTAN HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA







PADA 12 JULAI LALU TELAH DIADAKAN PROGRAM MELUKIS DAN MEWARNA POSTER SEMPENA HARI ANTIDADAH ANTARABANGSA DI DEWAN FELDA KRAU 1

SERAMAI 20 ORANG MURID TAHAP 1 DAN 20 ORANG MURID TAHAP 2 TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.PROGRAM INI BERMULA PADA PUKUL 4.00 PETANG DAN BERAKHIR DENGAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN OLEH PENOLONG PEGAWAI DAERAH RAUB PADA JAM 5.30 PETANG.

TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID DAN TERIMA KASIH KEPADA GURU BESAR DAN GURU PENGIRING.

Tuesday, July 12, 2011

TAHNIAH 'ANTOLOGI PUISI ANTIDADAH'

PPDa DAERAH MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA BEBERAPA ORANG PENULIS YANG TERPILIH SAJAK NYA DALAM PENERBITAN ANTOLOGI PUISI PPDa JPN PAHANG.
" AKULAH MANUSIA ITU "

AZIMAH ABDULLAH - SMK P METHODIST

NURUL ASYIKIN, M.KHAIRULAZWAN, NURUL RAUDHAH, M.ASHRAF FAHIMI, FAEZAHTUL NAJWA, M.YUSRA, HARIZAL DAN HAZLIN - SMK DONG

ROHIZAN BIN YA - SK MAHMUD

Monday, July 11, 2011

PANTUN ANTIDADAH

PANTUN ANTI DADAH

Indahnya buana juga angkasa,
Tidak terkira beribu batu,
Dadah durjana perosak bangsa,
Remaja terleka mengapa begitu
Indah baiduri dari kencana
Cantik di pakai ke sana sini
Pendidikan diberi kesedaran dijana
Terhapuskah dadah di dunia ini
Anak merak anak anakmerbah
Asyik beradu dalam sarangnya
Rosak akhlak kerana dadah
Remaja begitu apa puncanya
Batu delima dipecah kecil
Angin puputan awan berarak
Punca utama dadah diambil
Pengaruh rakan sukar di tolak
Ulam senduduk dan juga pegaga
Enak dimakan di atas tikar
Iman di pupuk takwa di jaga
Barulah dadah boleh di hindar

SAJAK DADAH DURJANA

Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia

Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..

Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung
Kematian..

AADK DAERAH RAUB

Untuk sebarang pertanyaan , sila hubungi :

AADK DAERAH RAUB
NO.16 TINGKAT 1 & 2, BANDAR RAUB PERDANA,
27600 RAUB, PAHANG
TEL : 09-3556085
http://raub.adk.gov.my

DASAR DADAH NEGARA

Pada tahun 1983, kerajaan telah mengambil satu pendekatan baru dalam usaha memerangi wabak dadah dalam negara. Dalam tahun tersebut masalah ini diisytiharkan sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara. Falsafah dasar ini ialah untuk melahirkan satu masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah. Dasar ini telah diisytiharkan oleh Y.A.B. Tun Dr.Mahathir bin Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 19 Februari 1983 semasa melancarkan Kempen Anti Dadah. Semenjak itu, dadah dianggap sebagai musuh nombor satu negara. Sasaran utama penagihan dadah ialah generasi muda yang merupakan tulang belakang dan harapan negara masa hadapan. Pengedaran dan penagihan dadah yang berleluasa boleh mengancam kesejahteraan sosio-ekonomi, rohani dan budaya rakyat jelata dan seterusnya melemahkan ketahanan nasional dan mengancam keselamatan negara.

Pada tahun 1985, JKAD telah merumus dasar dadah Negara dan pencegahan dijadikan strategi utama yang merangkumi pencegahan awalan pencegahan kemasukkan serta penguatkuasaan undang-undang diikuti dengan pemulihan .Manakala kemajuan tenaga manusia dan penilaian kerjasama antarabangsa dan penyelarasan merupakan strategi sokongan. Kemudian dasar ini telah ditukar kepada strategi yang baru oleh Majlis Dadah Negara. Ekoran daripada itu, dasar dadah Negara telah dijadikan sebagai asas pelaksanaan strategi utama untuk membanteras musuh utama Negara DADAH.dd1 dd2dd3


ASAS-ASAS PERTIMBANGAN DALAM MERUMUSKAN DASAR DAN STRATEGI ANTIDADAH NEGARA
Tindakan antidadah di Malaysia adalah berpandukan strategi berikut:
i. Pengurangan bekalan (supply reduction); dan
ii. Pengurangan permintaan (demand reduction)

Rasional strategi tersebut
Jika bekalan berkurangan dan permintaan dadah dapat dikurangkan maka masalah dadah akan dihapuskan sama sekali.

STRATEGI DASAR DADAH
Senarai keutamaan strategi yang telah diatur semula dan diluluskan ialah Pendidikan Pencegahan dan Publisiti, Rawatan dan Pemulihan, Penguatkuasaan Undang-undang dan Kerjasama antarabangsa.

HARI ANTIDADAH [ HADA ]

HARI ANTIDADAH
LATAR BELAKANG

Pada bulan Jun 1987, Pertubuhan Bangsa‐Bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan tarikh 26 Jun sebagai Hari Antidadah Antarabangsa. Tarikh ini dipilih bersempena dengan Persidangan Antarabangsa Mengenai Penagihan dan Pergedaran Dadah yang telah berlangsung di Vienna, Auttria pada 17 – 26 Jun 1987. Semua Negara seluruh dunia diminta untuk merayakan Hari Antidadah Antarabangsa ini. Sebelum itu, pada 19 Februari 1983, Kempen Antidadah Kebangsaan telah dilancarkan. Semenjak itu tarikh 19 Februari telah diterima sebagai Hari Antidadah Kebangsaan dan juga menandakan permulaan kempen Antidadah Kebangsaan yang diadakan setiap tahun. Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama semua banyak melaksanakan program dan aktiviti untuk menjayakan Kempen Antidadah. Berikutan dengan itu, Agensi Antidadah Kebangsaan (dahulu dikenali sebagai Agensi Dadah Kebangsaan) telah memulakan Kempen Antidadah Kebangsaan sejak 1983 dan Antarabangsa sejak 1988 pada setiap tahun.


"DO DRUGS CONTROL YOUR LIFE? YOUR LIFE, YOUR COMMUNITY. NO PLACE FOR DRUGS"

"DADAH PEMUSNAH, MUSNAHKAN DADAH"

sempena Sambutan Hari Antidadah Antarabangsa 2011 , AADK dan PPD Daerah Raub akan mengadakan pertandingan Mewarna dan Melukis pada 12.07.2011 di Dewan Felda Krau 1.
Peserta adalah daripada SK LKTP Krau 1 dan SK Raub Indah.